16 Disember 2009

Tanda-tanda Hilang Cinta Si Dia Pada Kamu

Sekiranya kamu berasakan hubungan sudah ‘KRITIKAL, cuba lihat salah satu tanda-tandanya dibawah, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah.
Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu.
Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu
Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi.
Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta dia tidak lagi menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan. Pendeknya, kalau kamu mahu memberontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.
Foto kamu yang selalunya berada disimpanannya, sudah dibuang, tiada lagi.. Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu.
Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

7. Si Dia Banyak mendiamkan diri.
Si Dia yang periang dan kelakar tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan tidak berminat berkomunikasi dengan kamu walaupun melalui telefon. Kamu yang seronok dan teruja berkongsi cerita tetapi tidak pada Si Dia, malah dia tidak mahu menelefon kamu lagi.

8. Si dia selalu berkasar jika bercakap.
Dengan kamu percakapanya selalu menyebabkan pergaduhan atau percakapan yng menyindir sedangkan sebelum ini, percakapanya bagai lembut gigi dari lidah....

9. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir
Kalau hubungan ini secara jelas disebut SUDAH BERAKHIR oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sebelum ini, sudah tidak bererti apa-apa lagi pada dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan