28 April 2010

Jawatan Kosong

PENUHI JAWATAN KOSONG


KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi.

**Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia
akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika
mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup
di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata
kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah
amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah
Subhanahu Wata’ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya’Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas
70 hasta dan disinari cahaya baginya”

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari
semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Wallahu-a’lam

26 April 2010

Bila Aku Rindu

Bila aku rindu..
Hanya aku yang tahu..
Walau rindu ku menggebu..
walau hati ku merayu..
Apa yang aku mampu..
Hanya merenung gambarnya sayu..
Menyeru namanya penuh syahdu.

Bila aku rindu..
Ku pendam sahaja rasa rindu itu..
Aku yakin dia tahu..
Sejauh mana pun jarak ku..
Dia tetap aku rindu..
Walau rinduku, rindu yang tiada restu.

12 April 2010

Jangan Tinggal Solat

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan
bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung.
Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman
dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri
untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di
jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2
jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu.
Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka
masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah
ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya
mata.

Hampir sejam berlalu, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang
matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih
nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah
sudah terlena.
Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan
mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau
tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan
solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.
Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya.
Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya
di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri,
Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya,
sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak jalan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat.
Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.
Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan
tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan
kereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab
Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi
telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia
terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta.
Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak
membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun
membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan
jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah
berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan
keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan
sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat
kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung
sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha
keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak
sedarkan diri.

"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanya
basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan
Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka
gagal kerana kaki Rashid tersepit.
"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu
yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar
Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidak
merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak
terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."
"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."
Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan
keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu
membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang
memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan
mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah... selamatkanlah aku... "

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba
dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid
dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi
apabila salah seorang anggota bomba bersuara.
"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?"
Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ
kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak
ada apa-apa yang menghimpitnya.
Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. "Ini
bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... "
terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak
putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia
merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak
tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "
"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan
lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan
tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti
orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak,
sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi
bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya
mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang
mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta
pertolongan dari Allah.
Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok
Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas
kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan
Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia
menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan
mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak
mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia.
Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan.
Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam
hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman
merekah di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- "ALLAH
S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE
ATAS
SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID,
KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN
PADA WAKTU TENGAH MALAM".

30 Mac 2010

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung

sedih sgt2 kisah yg dipaparkan di bawah



Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah
langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jer nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi
kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jer pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama,
hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!
Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena
tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

P/S: KWANG..KWANG..KWANG.. TEKUN BACA EH,DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA X KAN LA NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK.

01 Mac 2010

Lawak XXX

Seorang wanita yang tinggal di estet, pada zaman British dahulu,telah dikahwinkan dengan seorang lelaki (tentulah).

Tak lama lepas berkahwin, dia mula merasakan suatu perubahan ketara. Dia asyik muntah-muntah. Hairanlah mangkuk ni sebab sebelum kahwin tak muntah pun. Seminggu selepas “asyik muntah-muntah” tu dia tanya laki dia.

“Ane, ini satu minggu dalam saya ada muntah juga. Dulu ini macam ta da juga! Apa pasal la ane?”

“Ayo, sayang! Wungko ta tau ka?”

“Ta tau la, ane.”

“Ini macam punya sakit lepas kawin punya dalam ada kena.”

“Ane, ada kena ka?”

“Cit, rasykal! Jantan ta da kena. Pompuan juga ada kena.”

“Wo, itu macam. Sekarang saya ada paham.”

Dia pun tak tanyalah apa-apa lagi selepas itu. Tambahan pulak rasa loya tu kemudiannya beransur-ansur hilang.

Tiga bulan kemudian, dia mula rasa pelik. Sebenarnya dia dah mula rasa pelik sebulan lebih dulu. Dia pun dengan penuh manja dan tangkap leleh, tanya lakinya.

“Ane, saya tanya sikit boleh ka?”

“Banyak mau tanya pun tira pa. Saya jawab juga kalu.”

“Ane ada tengok ka ini?”

“Apa?”

“Ini perut juga lama makin lama besar! Takut juga saya. Apa pasal ini macam?”

“Ayo yo, chit. Bodoh. Engko punya ama ta da kasi tau ka?”

“Saya belum tanya juga!”

“Belum kawin punya jam dia ta da kasi tau ka?”

“Ta da juga!”

“Sekarang lu pigi tanya. Bodoh punya pomblek.”

Terkulat-kulat bininya apabila diherdik lakinya. Sebelum tu lakinya tak pernah menyinga macam tu. Dia segera mendapatkan ibunya dan bertanya.

“Ama, saya tanya juga mau satu hal.”

“Apa itu hal?”

“Ama, saya punya perut hari makin hari besar. Takut la saya ama.”

“Ayo yo! Wungko punya laki ta mau kasi tau ka?”

“Dia marah juga sama saya ini hal punya dalam.”

“Cit, cilaka punya menantu. Wungko kasi tanya sama dia baik-baik.”

“Tolong la ama, kasi tau. Ta da kalu saya mati.”

“Wokey, wokey! Ama kasi tau. Itu perut punya dalam angin juga duduk.”

Puaslah hati pompuan ni apabila mendapat tau jawapannya. Dia pun bersegeralah mendapatkan lakinya untuk menjelaskan sebabnya yang pada pandangannya memang telah sedia dimaklumi suaminya.

“Ane, ane. Saya ama juga sudah kasi tau.”

Apa dia cakap?”

“Ini perut punya dalam angin juga ada. Itu pasaal la kumbong, bungkak.”

“Cit, bodoh punya ama mantua.”

Tekejut biawak pompuan ni. Tadi dia yang jadi sasaran kemarahannya, sekarang emaknya pulak. Lagi tekejut dia apabila tiba-tiba je lakinya berdiri lalu menyingkap kainnya (dhoti) dan menunjukkan anunya seraya mengherdik:

“Angin ya, angin masuk ka. Wungko punya ama butol-butol bodo. Apa, dia ingat ini batang pam basikal ka?!!”

p/s: hahahaha sekadar lawak..:P

Lelaki Yang Bangsat

Seorang gadis menemui Dr. Tomi, seorang doktor pakar jiwa……

“Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..”

“Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu..”

“Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang tangan saya.”

Dia pegang tangan kamu seperti ini?” dr Tomi memberi contoh.

“Ya. seperti yg doktor lakukan”

“Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu…”

“Kemudian dia merapatkan badannya k epada saya dan memeluk bahu saya…”

“Dia lakukan seperti inikah?”

“Ya. seperti inilah dia peluk saya doktor..”

“Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu” kata dr Tomi.

“Kemudian dia cium saya.”

“Dia cium kamu seperti ini ?”

“Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan.”

“Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?”

“Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor..”

“Dia lakukan seperti ini kah?”

“Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ..”

“Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu..”

“Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu..”

“Adakah kamu membantah tindakannya? ”

“Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia..”

“Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?”

“Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor…”

“Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememangnya ingin mengenali diri kamu sepenuhnya”

“Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dgn saya doktor…..”

“Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?”

“Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu”

“Hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya ia memerlukan kamu kan !”

“Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia sebenarnya mengidap AIDS”
“HAHHH?? CELAKA KAMU!! DIA..MEMANG .. BANGSAT!!.. BANGSAAATTT! !!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTTTT!!!!!!!!……

03 Januari 2010

Bagaimana Cara Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. Berterus terang sajalah, walaupun pahit, dia akan redha.