31 Disember 2008

30 Disember 2008

Penawar Jiwa

AsaI Usoi Sumatera

Sejarah ni tau...hehehe...

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Laksamana Setti beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan...

Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Raden Samy Vallo


Setti : "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia"

Raden Samy Vallo : "Sapa ada sana?"

Setti : "Tara sapa"

Raden Samy Vallo : "Apa nama itu pulau?"

Setti : "Tara tau"

Raden Samy Vallo : "Sana ada orang?"

Setti : "Tara"

Raden SamyVallo : "Rumah?"

Setti : "Tara"

Raden Samy Vallo : "Sign-Board? "

Setti : "Tara"

Raden Samy Vallo : "Apa pun tara?

Setti: "Hutan ada la, Lain suma tara"

Raden Samy Vallo : "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'.


Begitulah ceriternye asal usul nama pulau sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...

Penawar Jiwa

Sembang-sembang Dengan Otromen.

"Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow, Ultraman reti cakap bahasa!

Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in ***ushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?

Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!

Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?

Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?

Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic ****.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.

Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?

Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?

Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.

Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!"

27 Disember 2008

Jaga Rohani

Awas Pinggang Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi


PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib. Saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.


Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu. Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti.. . ada kombinasi klasik dan modern.


Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.


"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.


Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.
Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu.


Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.


Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!

Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!

Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.

Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.

Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita.



Sumber : E-mail rakan.

26 Disember 2008

Berita Terkena

KUALA LUMPUR - Amaran bahaya bagi penumpang-penumpang yang bakal menggunakan perkhidmatan udara mulai 23 disember ini hingga 26 disember. Mengulas lanjut mengenai perkara ini semalam Dato Seri Ong Tee Kiat selaku menteri pengangkutan hanya menasihat semua syarikat penerbangan menghentikan operasi dalam waktu ini bg mengelak berlakunya kejadian tidak> di ingini. Ini terpulang lah kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk mempertimbangkan amaran ini sama ada ingin menghentikan operasi seketika atau meneruskannya tetapi pihak kami telah memberikan amaran dan dinasihati supaya menghentikan operasi seketika. Beliau mengulas, ini adalah disebabkan untuk mengelakan berlakunya kemalangan udara di antara kapal terbang dan santa claus yang sibuk menghantar hadiah pada krismas kali ini.

Memo kepada semua staff

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN :
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda m ema ndu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda m ema ndu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN :
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT :
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih...

24 Disember 2008

Penawar Jiwa

Isteri Nyanyok dan Suami Sengal.

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu.

Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri : Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!
Suami : Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar tol lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk mengambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai di tempat tadi si isteri turun tergesa-gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal.

Tiba -tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami : Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : @#%$*!?>/&$(%#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

23 Disember 2008

Penawar Jiwa

TEMUDUGA

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua.
"Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

Penawar Jiwa

JANGAN YAKIN SANGAT SELEPAS PEMBEDAHAN

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

22 Disember 2008

I'm BACK !!!

"Aku kembali untuk memukau dunia"