Sesumpah adalah sejenis reptilia yang mampu menukar warnanya mengikut keadaan sekeliling. Hinggakan kita seringkali tidak menyedari akan kewujudannya. Aku mahukan diriku sebegitu, boleh berada di dalam komuniti masyarakat tanpa mereka menyedari akan kehadiranku. Aku mahu bersama-sama mereka meneroka, mengetahui dan berkongsi pelbagai cerita serta permasalahan tanpa ada sempadan yang menghalang. Bukan untuk menjadi petualang cuma ingin berada di kelompok manusia yang berbagai-bagai ragam dan citarasa. Atas alasan itulah, "Aku keluar dari rimba untuk menerjah dunia yang penuh pancawarna ini". Ku harapkan agar kehadiranku tidak disalahertikan.
Anda adalah manusia yang ke-
masuk ke dunia Sesumpah Rimba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan